Tawaran Pendidikan Khas untuk Lepasan SPM

Pegawai Pusat Bertauliah (PPB) Mohd Farshi bin Mohd Noor
Penyelaras Pusat Bertauliah Suriati binti Ridzuan
Bangunan Institut Kemahiran Primatech (INSKEP)

Profil Syarikat

Institut Kemahiran Primatech merupakan sebuah institusi latihan kemahiran yang memfokuskan kepada pembangunan tenaga kerja mahir dalam bidang teknikal, khususnya Elektrikal, Mekatronik dan Teknologi Industri.

Kami komited untuk menyediakan latihan berasaskan industri (industry-driven training) bagi memastikan setiap pelatih memiliki kemahiran praktikal, kompetensi teknikal, dan kebolehpasaran yang tinggi.

Latar Belakang

Ditubuhkan dengan visi untuk memperkasa pendidikan TVET di Malaysia, Institut Kemahiran Primatech bermula sebagai pusat latihan kecil dan kini berkembang sebagai platform pembangunan kemahiran yang memenuhi keperluan industri semasa.

Kami percaya bahawa kemahiran teknikal adalah tulang belakang kepada pembangunan ekonomi negara.

Visi

Menjadi institusi TVET yang progresif dalam membentuk tenaga kerja mahir berdaya saing melalui latihan teknikal yang berkualiti dan berorientasikan industri.

Misi

  1. Menyediakan latihan teknikal berasaskan industri yang relevan dengan keperluan semasa.
  2. Melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten, berdaya saing dan bersedia untuk industri.
  3. Mengintegrasikan teknologi terkini dalam pembelajaran seperti automasi dan sistem pintar.
  4. Membina jaringan kerjasama strategik dengan industri dan agensi berkaitan.
  5. Menyokong agenda nasional dalam memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Objektif

  1. Melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan bersedia untuk industri melalui latihan kemahiran berasaskan standard semasa.
  2. Menyediakan program latihan TVET yang berkualiti tinggi selaras dengan keperluan sektor elektrik, mekatronik dan teknologi industri.
  3. Meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan memberi penekanan kepada kemahiran praktikal, soft skills dan etika kerja profesional.
  4. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inovatif dan relevan dengan perkembangan teknologi terkini.
  5. Menyokong pembangunan modal insan negara melalui pendidikan kemahiran yang inklusif dan berimpak tinggi.

Carta Organisasi

PENYELARAS PUSAT BERTAULIAH SURIATI BINTI RIDZUAN
PEGAWAI PUSAT BERTAULIAH (PPB) MOHD FARSHI BIN MOHD NOOR
PEGAWAI PENGESAH DALAMAN (PPD) AFIF IZZUDDIN BINTI SULAIMAN
TECHNICAL ADVISORY COMMITTEE (TAC) MOHD FIQRY BIN JOHAN
PEGAWAI PENILAI (PP) MOHAMAD WAHI BIN ANUAR
PEGAWAI PENILAI (PP) SITI MUSLIHAH BINTI SHAFFIE

Kolaborasi & Kerjasama Universiti

UTM UTHM Politeknik Logo Logo Logo

Student Portal

Program Galeri

Poster Galeri

Poster Galeri

Highlights

SKM Tahap 2 - Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa
Profil Institut Kemahiran Primatech (INSKEP)
SKM Tahap 3 - Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa

Sijil Program

  • Sijil Elektrik Tahap 2
  • Sijil Elektrik Tahap 3

Mohon Segera

Sila lengkapkan maklumat dibawah

A Maklumat Pelajar
B Maklumat Ibu Bapa / Penjaga
C Muat Naik Keputusan SPM
Muat naik Keputusan Peperiksaan SPM atau setara

Sijil Elektrik Tahap 2 & 3

Sijil dalam Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik

Nama dan Kod Program

  • Tahap 2: Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Fasa Tunggal – F432-005-2:2019
  • Tahap 3: Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa – F432-005-3:2019

Objektif Kursus

  • Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pemasangan serta penyelenggaraan sistem elektrik mengikut tahap kompetensi yang ditetapkan
  • Membolehkan pelajar melaksanakan kerja elektrik secara selamat, tepat dan sistematik mengikut prosedur serta standard yang berkaitan
  • Meningkatkan keupayaan pelajar dalam mengesan kerosakan, menjalankan penyelenggaran dan menyelesaikan masalah elektrik
  • Membangunkan kemahiran praktikal dan kemahiran insaniah bagi meningkatkan kebolehpasaran dalam sektor elektrik dan industri berkaitan
  • Menanam nilai disiplin, bertangggungjawab, integriti dan pematuhan terhadap keselamatan dalam melaksanakan tugasan elektrik
  • Menyediakan asas kompetensi yang membolehkan pelajar melanjutkan pengajian atau membina kerjaya dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan elektrik
(Butiran penuh objektif akan dikemaskini.)

Level 2

  • Lukisan Fasa Tunggal
  • Pendawaian Fasa Tunggal
  • Penyelenggaraan Pendawaian Fasa Tunggal
  • Pemasangan Motor Fasa Tunggal dan Kawalan Motor
  • Penyelenggaraan Peralatan Elektrik Fasa Tunggal
  • Pengujian dan Pentauliahan Pendawaian Fasa Tunggal

Level 3

  • Lukisan Tiga Fasa
  • Pendawaian Tiga Fasa
  • Penyelenggaraan Pendawaian Tiga Fasa
  • Pemasangan Motor Tiga Fasa dan Kawalan Motor
  • Penyelenggaran Peralatan Elektrik Tiga Fasa
  • Pengujian dan Pentauliahan Pendawaian Tiga Fasa
  • Fungsi Penyeliaan

Mata Pelajaran Nilai Tambah

  • Bahasa Inggeris
  • Kemahiran Pembentangan
  • Kemahiran Temu Bual
  • Pengurusan Acara
  • Komunikasi
  • Lukisan Teknikal
  • Fungsi Penyeliaan

Tahap 2

F432-005-2:2019
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Fasa Tunggal

Tempoh: 1 Tahun

Tahap 3

F432-005-3:2019
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa

Tempoh: 1 Tahun

Skop Kerja

  • Memasang, menyelenggara dan membaiki pemasangan pendawaian fasa tunggal dan tiga fasa
  • Lakukan pengujian terhadap pendawaian dan pemasangan elektrik
  • Sediakan sebut harga untuk pemasangan atau penyelenggaraan elektrik baharu atau tambahan
  • Lakukan tugas rutin pentadbiran, seperti laporan penyelenggaraan mingguan
  • Membaiki peralatan elektrik seperti penyaman udara, mesin dan sebagainya

Peluang Kerjaya

  • Juruteknik Elektrik
  • Juruteknik Pendawaian
  • Juruteknik Penyelenggaraan
  • Juruteknik Elektrik Industri
  • Jurutektik Sistem Motor
  • Juruteknik Kawalan / Automasi
  • Senior Techinician / Penyelia
  • Usahawan / Kontraktor Elektrik
Laluan pengajian INSKEP: SKM Tahap 2, SKM Tahap 3, DKM/Diploma, DLKM/Pengajian Lanjutan, Ijazah Berkaitan

Hubungi Kami (INSKEP)

Kami sedia membantu. Hubungi kami melalui mana-mana saluran di bawah.

Nombor Telefon +60 11-6300 9877
Email Rasmi primaskillacademy@gmail.com
Waktu Operasi Isnin–Jumaat, 8AM–5PM

Lokasi Kami

NO.12, JALAN PUSAT KOMERSIAL IRAMA SENDAYAN 1/1, 71900, LABU, NEGERI SEMBILAN

Buka di Google Maps
Ke Laman Utama

Portal Pelajar

INSKEP Portal Pelajar

Reka bentuk sahaja – log masuk sebenar akan disambungkan kemudian.

Jadual Waktu Elektrik Tahap 2

Jadual Waktu Elektrik Tahap 3

Jadual Peperiksaan Akhir Elektrik Tahap 2

Jadual Peperiksaan Akhir Elektrik Tahap 3

Fungsi semakan keputusan akan disediakan di sini.